Tuesday, September 1, 2009

Cadangan Tapak Ibadat Baru oleh YB Khalid






Salam,
Kepada sesiapa yang tidak berpuas hati dengan lokasi kuil di seksyen 23 Shah Alam, Selangor, kini anda boleh terus berinteraksi dengan YB Khalid Samad di blognya. Mungkin dengan ada gambar-gambar peta kita boleh lebih faham dengan situasi yang terjadi di sana.

Untuk pengetahuan anda, tapak kuil ini bukanlah pembinaan kuil yang baru. Ia adalah sebenarnya relokasi tapak dari seksyen 19 yang terletak terlalu dekat iaitu 20 kaki dari rumah.

Beliau ada menerangkan tentang tapak asal dan tapak baru pemindahan kuil.

Ini adalah masa memberi pendapat anda dan cadangan ke tapak yang lebih baik.

Mereka yang paling sesuai untuk mencadangkan ialah penduduk seksyen 23 itu sendiri atau penduduk Shah Alam amnya. Lebih lebih lagi mereka yang terlibat secara terus dengan masalah tapak rumah ibadat kaum hindu ini. Tidak kiralah apa agama anda pun, kehidupan harmoni kita bisa terganggu sekiranya masalah ini tidak diselesaikan dengan segera, secara muhibbah dengan semangat 1Malaysia (waaahh.. promo baik punyaaa..)

Kalau macam saya yang duduk di Cheras, manalah tahu apa-apa pasal Shah Alam untuk cadangkan apa-apa.

Sila beri idea anda di blog YB Khalid Samad di sini.

Terima kasih.

No comments:

Related Posts with Thumbnails