Saturday, July 18, 2009

The Baker's Place





Salam,

Kepada kawan-kawan dalam cyber yang minat tentang kek dan roti, mungkin anda biasa dengan Saudara Bakhtiar dan "the Baker's Place" nya.

Beliau adalah 'Engineer turns Baker' dalam ertikata yang sebenar. Beliau berhenti kerja sebagai jurutera IT untuk berniaga sepenuh masa di dalam bidang jual beli kek dan roti ini dibantu oleh isterinya.

The Baker's Place mempunyai cawangan pertamanya di Bandar Tun Razak, di mana saya dan famili merupakan antara pelanggan tetap beliau.

Kami mula berkenalan secara online, dan akhirnya berjumpa secara bersemuka di dalam program anjuran PAKDI iaitu cashflow 101.

The Baker's Place membuka cawangan kedua di Econsave Alam Damai selama beberapa bulan tetapi menukar premisnya ke tempat baru di Bandar Tasik Selatan (sebelah klinik primer HUKM).

Alhamdulillah kali ini percaturan beliau tepat dan premis ini akan menggegarkan Bandar Tasik Selatan dengan kehadiran The Baker's Place, cawangan kedua.

Kepada anda yang ingin mencari Kek HALAL yang 100% Islam dari tukang kira duitnya ke tukang buat roti dan kek, hatta ke tukang cuci lantai - inilah tempat yang anda patut tuju. Keknya dijamin sedap.

Lawat laman blog Bahtiar di sini THE BAKER'S PLACE.

4 comments:

Cik Skaf said...

wahaha.. dapat pengiklanan percuma lah The baker's place. Mcm tu, Dr dan family dtg la ke restoran sy kemudian boleh la tolong promote kat blog ya..he2

Cik Skaf said...

Saya dan seorang kwn pun bercadang untuk membuka kedai bakery seperti ini, mgkin dalam masa terdekat ni kami akan ke sana utk berkenalan dan bertanya2 pengalaman dengan owner kedai tersebut. harap beliau friendly orgnya.

fizahbelle said...

saya dah 2x beli kek kat sini... kek oren dia adalah my sister's favourite... price pun ok... just staff je tak berapa friendly... :(

Unknown said...

Kedai kek paling best dan of course halal......saya x g kedai lain selain kedai ni. Tak caya , datang k kedai ni dan rasa kek diaorg....tak tipu punya. Saya jamin....

Related Posts with Thumbnails