Saturday, April 14, 2007

UmmuSofeya Bakery

Assalamualaikum,

Untuk pengetahuan semua, saya telah membuka sebuah perniagaan Bakery yang dinamakan UmmuSofeya Bakery sejak Februari 2007 yang diuruskan oleh isteri saya Pn. Norazah. Beliau merupakan seorang pendidik di salah sebuah sekolah di Kuala Lumpur dan merupakan lulusan ijazah di Universiti Al-Azhar di dalam bidang Syariah dan Sarjana (Master) di dalam bidang pendidikan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Nama Sofeya berasal daripada nama anak ke3 saya iaitu Nur Soleha Sofeyya.


Perniagaan Bakery kecil-kecilan dari rumah (home baked bakery) ini merupakan satu tapak permulaan yang diharapkan akan berkembang maju berkat dari sokongan semua. Alhamdulillah, pemintaan yang semakin meningkat daripada pelanggan islam dan bukan Islam semakin menguatkan azam kami untuk menghasilkan produk yang bukan sahaja halal tetapi sedap dan bermutu tinggi.
Menyaingi produk ban yang dihasilkan oleh pesaing bukan Islam bukannya mudah kerana status perniagaan mereka yang sudah dipanggil GIANTS. Namun begitu kami menganggap ini adalah Fardu Kifayah yang harus dilaksanakan dengan mengenengahkan saluran alternatif kepada para pelajar-pelajar Islam di sekolah yang dibesarkan dengan produk yang dihasilkan oleh orang bukan Islam walaupun dengan status Halal.


Di antara produk kami ialah Mini Pizza, Sesame Blueberry, Mozarella Pizza in cup, Tuna Bun in cup, Red bean bun dan Butter and Cheese bun. Sambutan yang tinggi adalah kepada mini pizza dan sesame blueberry. Kami juga menerima tempahan daripada pelbagai sektor dengan harga yang berpatutan. Sila hubungi saya atau puan Norazah 012-3198574 untukketerangan lanjut.













UmmuSofeya Bakery
012-9597074
012-3198574
Related Posts with Thumbnails